Senarai Semak Vendor
Halaman ini ialah terjemahan. Jika ada yang kurang jelas, sila rujuk versi bahasa Inggeris.
Baharu: gerai makanan akan diperiksa untuk keselamatan. Beli barangan dalam senarai bekalan di Amazon.
Bawa semua yang disenaraikan di bawah. Pautan hanyalah contoh.
Keselamatan kebakaran dan elektrik
Stesen cuci tangan
- Bekas air dengan pili yang kekal terbuka dengan sendirinya [pautan]
- Dua baldi untuk air bersih dan air kotor [pautan]
- Sabun tangan dan tuala kertas
Stesen mencuci peralatan
- Tiga baldi untuk mencuci, membilas dan menyanitasi [pautan]
- Sabun pencuci pinggan
- Peluntur (bleach): 1 sudu teh peluntur + 1 gelen air, untuk menyanitasi peralatan
- Jalur ujian larutan sanitasi [pautan]
Keselamatan makanan
- Tong sampah bertutup dan beg sampah [pautan]
- Sarung tangan pakai buang yang selamat untuk sentuhan makanan
- Kotak penyejuk dengan ais dan termometer makanan untuk memastikan makanan mudah rosak kekal di bawah 41°F (5°C) [pautan]
- Bangku, peti, meja atau blok konkrit yang kukuh untuk meletakkan semua makanan, kotak penyejuk dan bekalan sekurang-kurangnya 6 inci di atas tanah
Garis panduan keselamatan makanan penuh
Lihat garis panduan (PDF, 2.9 MB)
Panduan ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.